Saturday, 20 August 2011

Sirap - Anda rasa tertipu ke?





Assalamu'alaikum dan good morning

Sirap----minuman yang ringkas dan tak menggemukkan (kecuali sirap bandung..tetttt)
minum2 jugak.. tapi tau ke sirap ni diperbuat dari ape? 







mesti korg kata dibuat dari ros an? sape ckp? meh nak siku kepala lutut tuh.. haahaha
mana ada.. tu sume ckp2 cik kiah dan mek senah je... sirap tu nampak je warna merah...
propaganda kedai runcit je tu..

sian kat bunga ros... kilang2 gunakan foto wajah dia utk menipu rakyat.. tettt.. hahhah



ok baca betul2 ye.. ini bukan cobaan... ini betul2...hahaha

Air sirap merupakan sejenis minuman yang diperbuat dari perisa daun Pondan pandan dan air gula


Pada kebiasaannya pewarna merah digunakan bagi memberikan warna menarik kepada air sirap, tetapi kini terdapat pewarna lain yang digunakan, walaupun tidak secara meluas.

Pada kebiasaannya air sirap dihidangkan sejuk, iaitu dengan air batu (ais). Rasanya yang sedap dan mudah dibuat menjadikannya ia sebagai pilihan utama dalam kebanyakan majlis dan perayaan di Malaysia.

Pada masa kini, air sirap segera yang dijual secara perdagangan terdapat dijual di kedai dan pasar raya, tetapi masih ramai yang memilih untuk membuatnya sendiri kerana air sirap yang dibuat dengan daun pandan asli baunya lebih wangi dan rasanya lebih sedap.

Sungguhpun begitu, kerana kini ramai orang yang tinggal di bandar dan sukar mendapatkan bahan utamanya, iaitu daun pandan.
kordial air sirap masih menjadi pilihan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar.

Bagi penduduk kampung pula mereka lebih suka menghasilkannya kerana ia mudah dan murah. Bagaimanapun, sekiranya terlalu banyak pewarna digunakan, ia akan menyebabkan rasa pahit.

haa..amacam? rasa tertipu tak?
[sila hantuk kepala anda ke keyboard masing2]
haahha...


asal nampak gambar bunga ros je kat botol kordial tu.. terus kata asal dari ros..
sian kat bunga ros,kak ros,rosalinda ayamor dan ramai lagi..

lepas ni boleh la tukar peribahasa: 
'don't judge the book by it's cover' 
dengan 
'don't judge the cordial by it's label'
ahhahaha...tettttt

bagi makcik2 yg suka melancong ke rumah2 kenduri pengantin tu... ada jugak yg mulut laser..
selain mungumpat muka dan kulit pengantin...
kata kulit pengantin tu hitam gelap la..
tak sepadan la ape la...
kadang2 dorg ni suka komplen ttg makanan jugak.

kalu makanan tu masin komplen
manis pun komplen
kalu makanan elok,tapi dihidangkan air sirap
pun komplen..kononnya takde klass.. bajet murah.
dasar...tetttt..hahahaha

org dah invite pun mujur... tak gitu cik kiah?

jadi.. terurailah sudah ttg penipuan minuman..
dari kecik smpai besar minum air sirap
taktau pulak bunga ros bukan bahan utama..
huhuhu... pelawok.pelawok.pelawok.


biola nyaring: lepas ni label bunga ros kat botol sirap tu boleh la tukar dengan gambar daun pandan. tettttt.. ada berani?



klik: "follow" kat atas skali blog ni atau 

klik:


7 comments:

  1. haha. betul. memang pun sebenarnya daun pandan ngan gula je. nice entri!

    ReplyDelete
  2. Haha... kata2 hang dalam entry mmg cute... baru hari ni aku tau..

    ReplyDelete
  3. Sirap ros tu sebab tambah perisa ros untuk bagi wangi. Nak tambah perisa makanan yang lain pun boleh ke dalam air gula tu ikut selera. Perisa vanila ke pisang ke. Warna pun sama. Nak merah ke kuning ke hijau ke.

    ReplyDelete
  4. Aku suka je minum air sirap rose ni.

    ReplyDelete
  5. Tahun 2022 hadir

    ReplyDelete
  6. kelako la awok ni terhibur saya baca. facts after facts aku baca, esp the cik kiah one. nice la dooo

    ReplyDelete
  7. 2024 Sya dapat tahu pewarna merah asal dari kumbang

    ReplyDelete

all Posts Plugin for WordPress, Blogger...